SEJARAH PENUBUHAN
Akademi Al-Quran An-Nur atau dikenali sebagai AKQAN merupakan pusat pengajian Al-Quran, fardu ain dan bahasa Arab. Pusat pengajian ini dibuka sejak 16 Julai 2022 dan bertempat di JC5274, Jalan Merlimau Permai 20, Taman Merlimau Permai 77300 Melaka, Malaysia.
Akademi Al-Quran An-Nur merupakan pusat pengajian al-Quran yang diasaskan oleh al-Fadhil Ustaz Yasir ‘Atiqurrahman bin Tg. Hj. Md. Nor. Akademi ini terhasil dari cetusan idea kelas-kelas secara atas talian yang telah dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Disebabkan PKP yang perlu dilalui lebih kurang dua tahun, sebarang aktiviti berkumpulan tidak dapat dijalankan. Oleh kerana rasa tanggungjawab yang tinggi untuk mendidik anak bangsa membaca al-Quran dengan bacaan yang tepat sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT, kelas-kelas tetap dijalankan secara atas talian.
Namun pengajaran atas talian tidak akan sama dengan pengajaran secara bersemuka di mana pembelajaran al-Quran sangat memerlukan anak murid dan guru untuk saling melihat bentuk mulut dan mendengar secara langsung cara bacaan yang salah serta betul agar pembelajaran itu lebih berkesan dan lebih berkat sepertimana yang diajar oleh junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW.
Oleh yang demikian, kami rasa terpanggil untuk membina Akademi Al-Quran An-Nur ini selain untuk menghidupkan sunnah nabi, saya rasa amat perlu untuk membina sebuah tempat di mana penduduk setempat boleh datang beramai-ramai dan belajar membaca al-Quran serta ilmu-ilmu agama.
Visi: Menjadi satu pusat pengajian agama yang mementingkan adab dan ilmu yang benar mengikut manhaj ahlu sunnah wal jamaah, berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah
Misi: Mewujudkan sistem pembelajaran talaqqi musyafahah dengan menggunakan sistem dan kaedah yang sebenar