Pengasas AKQAN

Logo
Pengenalan Biodata:
    AlFadhil Ustaz Yasir 'Atiqurrahman bin Tg Hj Md Nor Asserkami telah menerima bimbingan asas agama dan al-Quran daripada Ayahanda Tuan Guru Ustaz Hj Md Nor bin Md Yasin Hafizahullah dan Ibunda Al-Marhumah Ustazah Hjh Siti Zaleha Mohd Yusof. Beliau menuntut di SK Serkam, Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM, Serkam Tengah, Melaka, dan SMKA Sultan Muhammad Batu Berendam, Melaka. Ustaz Yasir juga melanjutkan pengajian di Pondok Baitul Qurra’ Wal Fuqaha, Sg Udang, Melaka, serta memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Takhassus Pendidikan Bahasa Arab dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau bertalaqqi Al-Quran dan Ilmu Syariah di Masjid Khazandarah, Shoubra dan sekitar Universiti Al-Azhar, Mesir, serta di Darul Mustafa dan Ribat Tarim, Hadhramaut, Yaman. Ustaz Yasir merupakan Guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, selain menjadi Jurulatih Utama Sahsiah dan Dakwah di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Beliau juga memiliki sanad Ilmu Syariah, Usuluddin, Fiqh, Hadis, Tasawuf, serta sanad Bacaan Al-Quran dan Ilmu Tajwid daripada ramai guru hingga Rasulullah SAW. Ustaz Yasir mempunyai tauliah dan aktif menyampaikan kuliah, ceramah, serta pengajaran Al-Quran dan agama di sekitar Negeri Melaka dan Selangor. Beliau juga merupakan penulis beberapa kitab Tajwid, seperti Makhraj dan Sifat Huruf, Syarah Tuhfatul Atfal, Bacaan Khusus Riwayat Imam Hafs, Waqaf Ibtida’, Kesalahan Bacaan Bagi Setiap Huruf Al-Hijaiyyah, dan lain-lain. Selain itu, beliau adalah Pembimbing Jemaah Umrah bertauliah dan panel jemputan ceramah Umrah, Sirah, dan Ziarah. Ustaz Yasir juga terlibat sebagai Jemaah Hakim dalam pertandingan-pertandingan Koakademik, Musabaqah Al-Quran Tilawah atau Hafazan, Festival Nasyid, Qasidah, Selawat, dan sebagainya. Beliau adalah Pengasas dan Pengarah Urusan Pusat Pengajian Al-Quran, Fardu Ain, dan Bahasa Arab (Akademi Al-Quran An-Nur, Merlimau Permai, Melaka - AKQAN).