Pengasas AKQAN

Logo
Nama Penuh: AlFadhil Ustaz Yasir 'Atiqurrahman bin TG Hj Md Nor Asserkami
Berasal Dari: Kampung Serkam Tengah, Merlimau, Melaka
Biodata:
  1. Bimbingan asas agama dan al quran daripada Ayahanda Tuan Guru Ustaz Hj Md Nor Bin Md Yasin Hafizahullah dan Ibunda Al Marhumah Ustazah Hjh Siti Zaleha Mohd Yusof.
  2. Sk Serkam, Sekolah Rendah Agama(SRA) Jaim, Serkam Tengah, Melaka.
  3. Smka Sultan Muhammad Batu Berendam Melaka.
  4. Pondok Baitul Qurra’ Wal Fuqaha, Sg Udang Melaka.
  5. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama, Takhassus Pendidikan Bahasa Arab, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Bertalaqqi Al Quran dan Ilmu Syariah Di Masjid Khazandarah, Shoubra dan sekitar Universiti Al Azhar Mesir.
  7. Bertalaqqi di Darul Mustafa, dan Ribat Tarim dan sekitar Kota Tarim, Hadhramaut, Yaman.
  8. Guru Bahasa Arab Dan Pendidikan Islam di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  9. Jurulatih Utama Sahsiah dan Dakwah,Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
  10. Mempunyai Sanad Ilmu Syariah, Usuluddin, Fiqh, Hadis, Tasawuf, Dan Ijazah serta sanad Bacaan Al Quran, Ilmu Tajwid daripada Ramai Guru Sehingga Rasulullah SAW.
  11. Mempunyai Tauliah dan Aktif menyampaikan kuliah dan Ceramah Serta Pengajaran Al Quran dan Agama Sekitar Negeri Melaka dan Selangor.
  12. Penulis Kitab-kitab Tajwid ( Makhraj dan Sifat Huruf, Syarah Tuhfatul Atfal, Bacaan Khusus Riwayat Imam Hafs, Waqaf Ibtida’, Kesalahan Bacaan Bagi Setiap Huruf Al Hijaiyyah dan sebagainya ).
  13. Pembimbing Jemaah Umrah bertauliah, panel jemputan ceramah Umrah, Sirah dan Ziarah.
  14. Jemaah Hakim bagi pertandingan-pertandingan Koakademik, Musabaqah Al Quran Tilawah atau hafazan, Festival Nasyid, Qasidah, Selawat dan sebagainya.
  15. Pengasas dan Pengarah Urusan Pusat Pengajian Al Quran, Fardu Ain dan Bahasa Arab (AKADEMI AL QURAN AN NUR, MERLIMAU PERMAI, MELAKA - AKQAN ).